Monday, February 4, 2013

MY BEAUTIFUL MALAYSIA


Sempena menyahut seruan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerusi program "My Beautiful Malaysia", Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar turut menggerakkan usaha kesukarelaan membantu menghijaukan alam sekitar.

Saya beserta Pengurusan Tertinggi NRE dan Pegawai-pegawai NRE turut bersama-sama melakukan aktiviti penanaman pokok bagi program "My Beautiful Malaysia" yang telah dilancarkan oleh Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak bagi peringkat negeri bertempat di Pusat Rekreasi Bersepadu.

Kira-kira 10,000 belia mewakili pelbagai badan bukan kerajaan menyertai majlis pelancaran tersebut dengan melakukan kerja-kerja mencantik dan mengindahkan kawasan sekitar di pusat rekreasi itu.


Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak merasmikan My Beautiful Malaysia peringkat negeri Sarawak di Pusat Rekreasi Bersepadu, Kuching.


 Antara sukarelawan belia yang turut menyertai program "My Beautiful Malaysia" dengan melakukan aktiviti menanam pokok.

No comments: