Tuesday, November 1, 2011

Tebatan banjir Sg Kerian legakan 100,000 penduduk



IPOH 28 Okt. – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Kerian yang dijangka dilaksanakan hujung tahun ini bakal memberi kelegaan kepada lebih 100,000 penduduk di negeri ini yang dihimpit masalah banjir besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Projek berkenaan dijangka menyelesaikan masalah banjir yang kerap melanda beberapa daerah di negeri ini termasuk Kerian, Larut, Matang dan Selama.

Selain itu, pelaksanaan RTB di sepanjang lembangan berkenaan juga memberi manfaat kepada mangsa banjir di kawasan sempadan Pulau Pinang dan Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, masalah banjir di kawasan itu mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersetuju meluluskan pelaksanaan projek berkenaan baru-baru ini.

``Beliau (Najib) secara peribadi mahu masalah banjir ini diatasi segera dan pelaksanaannya sedang diperincikan oleh kerajaan negeri bersama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,'' katanya.

Zambry berkata, pelaksanaan RTB berkenaan akan melibatkan dua sungai utama iaitu Sungai Kerian dan Sungai Kurau selain berpuluh-puluh sungai yang terdapat di sepanjang lembangan tersebut.

Dalam pada itu, Douglas memberitahu, projek itu akan dapat mengatasi masalah banjir di dua bandar utama iaitu Parit Buntar dan Bagan Serai, Perak termasuk jajaran Lebuh Raya Utara Selatan di Alor Pongsu.

Sumber : Utusan Online

No comments: