Sunday, October 2, 2011

Menteri Singapura & Malaysia Semak Semula Kemajuan Jawatankuasa Bersama




SINGAPURA, 30 Sept - Menteri Alam Sekitar Malaysia dan Singapura menyemak semula kemajuan kerja yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura Mengenai Alam sekitar (MSJCE).


Semakan itu dilakukan pada hari pertama lawatan dua hari oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, YB Datuk Sri Douglas Uggah Embas.


Kehadiran beliau ke Singapura adalah bertujuan memenuhi jemputan daripada Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, yang merupakan sebahagian daripada pertukaran lawatan tahunan antara kedua-dua pihak.

Menurut kenyataan bersama, Kedua-dua menteri itu telah mengadakan perbincangan berhasil mengenai pelbagai bidang kerjasama termasuk kawalan pelepasan gas kenderaan dan pemantauan bersama kualiti air di Selat Johor.

Antara perkara yang dibincangkan ialah berhubung Laporan Kemajuan Mengenai Pemantau Ekologi dan Morfologi dalam dan sekitar Selat Johor, pencemaran di kawasan tadahan air Skudai dan Pelan Latihan Kecemasan Tumpahan Bahan Kimia Link Kedua.


Malaysia akan menjadi tuan rumah mesyuarat berkenaan pada tahun depan.


Sumber : Dipetik dan dipinda daripada Bernama


No comments: