Monday, March 26, 2012

Pelancaran Motosikal Elektrik NRE

Sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) pada Januari yang lepas, saya telah merasmikan Pelancaran Motosikal Elektrik di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, Putrajaya.


Selaras dengan usaha untuk melahirkan persekitaran kerja yang mesra alam, Saya NRE telah mengambil inisiatif menggunakan motosikal elektrik bagi tujuan menghantar notis dan bagi pegawai yang bermesyuarat di sekitar Putrajaya.


Penggunaan motosikal ini juga merupakan kesinambungan daripada Kempen NRE Goes Green yang dilancarkan pada tahun 2010.


Saya amat mengharapkan warga NRE menggunakan kemudahan ini sebagai satu langkah positif yang boleh dijadikan contoh kepada Kementerian-kementerian lain.